Kelestarian | Nik Nazmi sasar jadikan sektor air sumber ekonomi negara

2022-12-09 0

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad akan memberi fokus kepada pelaksanaan transformasi sektor air 2040 untuk menjadikan sektor itu sebagai sumber ekonomi negara dan menjadikan Malaysia hab air global.

Beliau berkata tumpuan akan diberikan terhadap usaha meningkatkan akses bekalan air kepada 98 peratus, daripada 97 peratus pada masa ini, terutama di kawasan luar bandar dan pulau-pulau.